Friday 15 July 2011

Transgender sememangnya semulajadi berbakat



Pertama kalinya, untuk tidak mengecewakan founder, perewa, aku mula menulis.

Aku tak pernah berperasaan terhadap filem/drama melayu. Dan, lagilah aku tak faham bagaimana orang boleh ada jiwa untuk tengok cerita melayu. Cuma malam itu sekitar hujung 2010, aku tertonton drama bertajuk Jalan Kelam. membolehkan aku thumbs up untuk drama ini. 

Dan secara malasnya aku cuma salin tampal review drama tahun 2007 ini dari blog ini. Harap tuan blog tak marah ya. Masih ada insan baik hati untuk review drama melayu. Drama ini keseluruhan aku suka kerana lakonan realistik oleh pondan.


Jalan Kelam (2007)

Sudah lama review telefilem ini dalam draf aku. Tahun lepas lagi. Bukan mudah bagi aku untuk tertarik dengan drama Melayu. Tapi telefilem Jalan Kelam berjaya buatkan aku melekat di sofa rumah aku yang padahal sebelum itu aku pergi ke dapur untuk minum air. Sutradara oleh Along Kamaruddin. Aku ingat pengarah ni, berlakon drama thriller seram, ‘Radio’ waktu aku kecik-kecik dulu. Serius cerita radio tu memang aku suka, takut je rasa, kira paling best la masa tu. Benchmark aku sebagai budak masa tu kot, sekarang tengok mungkin rasa tah pape.

Okay, Jalan Kelam diceritakan dari tiga perspektif. 1. Dua sekawan bapok. 2. Pasangan baru kahwin. 3. Pasangan lama suami isteri berbangsa cina. Okay pasangan baru kahwin Basri dan Narimah. Mula-mula okay je, tapi Basri setelah terjebak dengan dunia gigolo oleh kawan 1 gim. Datin cina lakonan Louisa Chong antara mangsa dan memang feeling gila dengan Basri. Mulut manis padu punyala kira ni. Basri mula tak lekat rumah, tapi sangatlah pandai mulut manis hingga Ima pun tak sedar kegiatan hitam Basri. Dan.. bukan setakat gigolo, make a love pula dengan bapok nama Eli. Oh, biseksual rupanya. Sebagai penyeri cerita, Eli ada kawan nama Ziana ( konfem bapok juga). Ziana ni kira pendengar terbaik bagi Eli apa-apa masalah semua cerita kepada Ziana. Ziana ni aku kira sebagai matang sebab dia nasihatkan Eli jangan berlebih jadi bapok sampai nak bedah-bedah, demi cinta pada Basir. Memang percaya gila-gila yang Basir ni betul-betul cintakan dia. Kelakar betul waktu tengok dorang lafaz cinta sesama sendiri, Basri pujuk Eli merajuklah apa. Bayang sendirilah laki dengan laki.  

Ending? Pengakhiran yang mudah tapi sangat dramatik. Semua kena AIDS. Datin cina pesan kat anak-anak, “mama nak pergi jauh, mungkin tak pulang”. Oh mati bunuh diri sambung paip ekzos dalam kereta. Ima balik kampung merana kena azab HIV, muka sopak-sopak kena virus, minta ampun dari mak ayah sebab kahwin tak restu. Eli? Sempat pesan kepada Ziana, "nanti aku mati kau hantar jenazah aku ke kampung tau, tanam aku sebelah kubur atuk aku, dan bubuh nama Razali". Oh Eli singkatan Razali rupanya. Tapi tak mati, tunjuk masuk wad gila, sambil sebut nama Basri. Bak doktor gila tu kata, “dia ni tak kenal orang dah”. Scene ni agak kelakar jugalah walaupun menginsafkan. Si lahanat Basri ni punyalah ego taknak mengaku bukan dia pembawa AIDS. Boleh pula dia tuduh isteri dia dan datin cina tu buat seks dengan orang lain. Ima tu, digambarkan dalam cerita tu punyalah suci dan taat. Lakonan Sherry Merlis, bayang sendirilah lakonan wanita ‘super innocent’ dia bagaimana. Datin yang cinta gila kat Basri tu pula dituduh ada ‘anak ikan’ yang lain. 
Okay, kenapa aku puji telefilem ni? Dialog-dialog yang dilontar juga agak natural dan rapat dengan realiti sebenar, bukanlah ayat-ayat stereotaip drama tempatan kebiasaan. Nak-nak dialog antara maknyah, serius tak plastik langsung dengar dan lakonan dorang memang berkesan. Memang bakat semulajadi maknyah kan? Aku suka cara watak-watak dalam ni dipertemukan. Babak Ima pergi kedai handphone tempat Ziana kerja (malam menjual, siang kerja halal rupanya), Ziana tengok handphone Ima, ada gambar Basri, Ziana tegur, “Muka suami akak macam Zach X-factor la”. Serius aku geli hati, Basri tu memang Zachery berlakon pun. Jadi, balik kerja apalagi, beritahu Eli Basri dah ada isteri, dan hasilnya, memang Eli tak percaya, dia anggap Basri sangat jujur dalam percintaan (Haha). Basri ni di pejabat memang ramai yang pelik camne dia boleh hidup mewah, walhal datang pejabat pun lewat, kadang lunch tu sampai petang baru balik. Bos dia cina, dan memang bising la kat Basri, rupanya bos dia ni Dato’ kaya suami kepada Datin cina, sugarmummy Basri. Aku suka, cerita ini straight, telus dan jujur. Aku rasa memang ini pun yang berlaku sekarang kan? Seorang isteri yang gersang sebab suami sibuk cari harta. Pergolakan jiwa maknyah. Kegilaan lelaki yang ada jalan halal, memilih jalan kelam, sebab duit dan nafsu. Ketaatan seorang isteri yang sebenarnya dicurangi. Peh skema ayat. Tapi inilah point dia.

Lakonan Zach boleh dipuji walaupun mimik muka agak bersungguh, ada cubaan meniru stail intonasi Jalaluddin Hasan, lakonan dia memang berkesan sebab aku benci amat tengok dia dalam telefilem tu.. Aku pernah dengar yang pondan ramai jadi gila dan nak bunuh diri lepas bedah. Agaknya itu yang jadi kat Eli kot. Akhir sekali, aku paling tersentuh tengok watak Ziana berpelikat, bersongkok dan berbaju melayu lengkap semasa sembahyang. Penuh simbolik walaupun agak lucu juga.


Untuk entri asal, sila ke sini

No comments:

Post a Comment

kongsikan pada kami kritikan anda pula