Tuesday 20 September 2011

JANGAN BUNUH NASI LEMAK 2.0

Tulis dengan ikhlas dan berani.





Aku dapat tahu filem ini daripada twitter kak adibah noor, tak habis2 pasal nasi lemak 2.0. dan kemudiannya member seni aku tanya ‘kau dah tonton nasi lemak 2.0 namawee buat? Baik kau pergi sebelum kerajaan ban’. Aku pun apa lagi, sebut nama namawee yang dulu famous dengan lagu negarakuku tu terus ambik kunci motor dan terbang ke TGV KLCC.(sebenarnya member2 aku nak tengok JOHNY ENGLISH REBORN, tapi sekor2 tak datang)

Kepada yang mahu tonton filem ini, kalian mestilah faham masalah dan situasi sosial masyarakat Malaysia. Bukakkan minda, jangan duk jadi macam lagu pak pandir ni.

Ouh pujilah aku
Ampulah aku senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak


Ok aku mula serius. Aku memang agak dalam panggung nanti mesti ramai cina, tapi tak kisah. Amoi pun cantik apa!?!. seperti yang disangka sebelah kiri aku satu keluarga cina, sebelah kanan aku budak cina muda sebaya aku. Dan belakang aku rupanya ada beberapa orang melayu dan india. Ok filem dah nak mula.....

Bermula dengan budak cina sekolah rendah yang tengah baca komik, dewata raya yang ada naga merah dan harimau hitam mungkin.(sebab dulu masa sekolah aku suka baca komik hong kong karya tony wong). Tiba2 terserempak dengan geng2 melayu yang tengah duk ‘paw’. Budak ni dengan keberanian yang diambil dari komik tadi, terus baling objek kearah geng2 tadi. Mestilah adegan seterusnya, kena kejar. Dan apabila budak tu mahu mendapatkan perlindungan dikawasan sekeliling semua cepat2 tutup pintu. Ini yang aku baca dari filem itu bahwa, bila kita susah bangsa kita sendiri pun takkan mampu tolong kita. Kitalah sendiri yang perlu selamatkan diri kita. Ok sambung, budak tu jatuh dan geng2 melayu tu gelak. Namun dengan takdir Tuhan ada seorang hero tukang masak, selamatkan budak tu. Dan hero tu ada pesan kepada budak tadi....bla...bla...bla...(aku lupa, tanya namawee atau tonton sendiri). Budak tu pun diasuh supaya menjadi tukang masak. Beberapa tahun kemudian budak tu dah besar dan ambil alih restoran tersebut.

Maka jalan cerita pun berkembang:-

-diseberang jalan ada perempuan melayu(adibah noor) jual nasi lemak, semua orang beratur beli. Berbilang bangsa. Dan ini membuatkan restoran yang dijalankan oleh budak aka namawee tadi kekurangan pelanggan. Sebenarnya kalau lihat dari bidang perniagaan pun, tiada masalah. Dan agak pelik kenapa namawee pilih alasan adibah noor jual nasi lemak kat depan tu menyebabkan kurangnya pelanggan. Tapi dah cerita ini memang tajuknya nasi lemak 2.0, memang tak boleh nak pertikaikanlah *dushh
-pertikaian berlaku antara kedua mereka, namawee mengajak orang cina lain suruh beli barang cina saja, dan tolong orang cina. Ini sama situasi dalam bangsa melayu. AKU BOSAN. Dan adegan ini berlaku dengan nyanyian dan tarian(macam ala2 stephen chow punya cerita je kehkeh). Habis nyanyi, terus sorang perempuan cina mintak sambal kat adibah noor.<<<<<dan ini kritikan terus pada apa yang dikatakan tadi. Maknanya disini, hidup kita saling memerlukan. Kalau mahu hidup sorang, tiada asam garam. Duduk dekat pulau lah.

-pada satu babak pula, ada satu restoran besar bernama gong xi, akan berlaku perubahan ceo. Si adik ingin mengambil jawatan si abang. Si adik cuba main kotor dengan tayangkan video lucah si abang.kahkahkah!!! ini siapa2 ahli politik pun boleh terus kena batang hidung. Tapi si abang cuba jawab, rupa macam saya, suara macam saya, hampir 99% macam saya tapi itu bukan saya(betul ke dialog ni). Kalau korang ada kesedaran politik, ini dialog VK LINGAM. Tak kenal? Google derr

-disebabkan pertikaian abang dan adik, ibu mereka mengadakan pertandingan. Siapa yang boleh masak paling sedap akan dapat restoran tu. Si adik memanggil chef dari institut masakan cina yang bernama LAN QIAO aka LANCAU!!!! Bodoh gila pilih nama. Hahaha...dan si abang tiada calon, namun akhirnya bertemu namawee dengan bantuan anak beliau. Pertandingan akan bermula dalam masa 2 bulan.

Sebelum aku sambung, ada satu adegan namawee nak borak dengan adibah noor. Tapi beliau buat bunyi motor...weng...wengg....hoho. siapa lagi kalau bukan rempit berjaya kat Malaysia kalau bukan anak melayu yang sebelum ini dimulakan oleh remaja cina.(kalau bengkokkan handle, itu cina kata member aku)

-dalam masa 2 bulan ini namawee dibawa oleh anak abang pemilik restoran itu untuk belajar masakan malaysia. Sebelum itu seorang pak cik berbangsa cina penjual char kuey tiaw ada pesan, kita mesti LOCALIZE. Tak habis2 dengan cina. Bagi aku ini betul, sebab kitakan NEGARA MALAYSIA.

Maka bermulalah pembelajaran namawee...

1-ke melaka belajar masakan baba dan nyonya, dan betul2 mengembalikan nostalgia. Watak drama baba nyonya itu diambil berlakon. Drama yang aku selalu tengok petang2 dengan nenek aku masa kecik2 dulu kat tv1. Dan dalam pembelajaran itu nyonya ada bagitau suruh ambil bahan masakan itu agak2 saja, tapi kalau masak tak boleh agak2 kena betul2!! Begitulah kehidupan, mahu betul2!!!!! Malas nak hurai panjang lebar.(demmm ini sifat tipikal melayu).

2-ke pahang belajar masak kari, watak dipegang oleh david arumugan. Dan dalam perjumpaan ini, david arumugan memegang falsafah jika rempah ratus itu dicampur dan diadun dengan betul pasti akan menghasilkan masakan yang terbaik. Ada satu babak namawee bagi salam, sekadar assalamualaikum(boleh tonton filem kingdom of heaven dsb orlando bloom bagi salam maaa) so takde isu. Kalau ada sape bangkitkan gak....memang....zzzzzzz

3-ke perak belajar masakan melayu, watak dipegang oleh afdlin shauki. Sebelum sampai namawee ada mimpi. Sebenarnya sebelum datang tiap2 tempat beliau ada juga mimpi. Semua nak tulis, korang tengoklah sendiri. Ok namawee mimpi berlawan dengan afdlin, namun diselamatkan oleh reshmonu yang memegang watak hang tu ya.(dalam kepala otak aku dah terbayang nama AL***TUYA hehe). Dan disini afdlin kawen 4, semuanya hidup aman bahagia.

Pada hari yang ditunggu pertandingan pun bermula.........

Sila pergi tonton sebelum kerajaan BAN!!!!

Btw, cerita ini sangat kelakar dan sinikal. Aku memang kaki filem kelakar, dan dengan tajuk filem, pelakon,sinopsis,dan trailer aku boleh tahu filem ini betul2 kelakar atau tidak.


p/s: keputusan rasmi nasi lemak 2.0 vs 1malaysia = 2-1

sekian.

Wednesday 20 July 2011

SEKALI LAGI.....plissssss


Tulis dengan ikhlas dan berani.


uishhh filem ni aku tengok lisa twit kt twitter nye, betul2 suruh orang tonton dan faham. mungkin berada pada aras tak rugi kalau tengok. bukan pada aras rugi kalau tak tengok. ianya adalah kisah arman yang dilakonkan oleh Sam yang mempunyai penyakit automatik(dalam filem tu cakap ok). atau yang sebenarnya autisme. Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran.. tapi sebab aku ada baca twit lisa, bagitau siapa yang anggap arman itu autisme sila tengok SEKALI LAGI. alalala lisa.....

tak perlu tulis sinopsis kerana, aku akan cerita sampai habis. boleh? mula dengan tertera filem romantik komedi. aku cuba bayangkan kekomedian yang bagaimana ingin diselitkan. ouhhh menggunakan watak arman. ok, selain dari arman? ada...adik mia sara. dua ini saja pembawa watak 'komedi' aku rasa. 

pemula cerita ditonjolkan kisah kasih seorang ibu yakni katrina aziz mengelap badan arman lepas mandi. bagi makan, pakaikan pakaian, dan sebagainya. namun dalam masa yang sama cuba mengajar anaknya berdikari. disebabkan itu arman dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani sesiapa, walaupun sebenarnya ada orang ikut belakang tanpa disedari arman.

dan disebabkan berdikari arman itulah maka terjumpa adik mia sara yang membawa watak amy. mereka bertemu tatkala arman dipaw oleh mamat kepala botak, dan adik amy melastik mamat itu. sakit kena lastik menyebakan mamat itu kalah?...bagi aku tidak relevan walaupun kelakar. hmmm nak cakap macam mana ek. seharusnya kehadiran adik amy itu memberi kekuatan buat arman supaya lawan mamat botak. itu baru aku rasa relevan. kalau dalam dunia sebenarlah.

lain pula kisah ibu adik amy(lisa) yang datang ke kedai haris. aku tak taulah macam mana mereka boleh tolong2 kat situ. tiba2 je lisa datang, terjatuh. haris sambut. babak romantik kiranya. dan seperti   mereka dah  lama kenal dengan haris.

maka  berkawanlah si adik amy dan arman. bila nak berpisah saja, arman akan bersedih dan adik amy ada cakap sekali..."kalau ada jodoh, kita jumpa lagi". comey sangat.

dalam masa yang sama katrina aziz mahu mengahwinkan arman dengan guru tuisyennya....farina. kalau tak silap aku lah. arman yang tidak tahu apa2, bertanya pada katrina...'kahwin itu apa?'. beliau menjawab dengan jawapan budak2. bagi aku inilah masyarakat kita. tidak mahu menceritakan hal sebenar, sebab takut tak faham. apabila tak faham mereka akan tanya lagi, apabila mereka mula bertanya maknanya mereka sudah mula faham sedikit demi sedikit. dan jawapan yang katrina beri itu membuatkan arman tidak mahu kahwin. sebab tujuan kahwin yang dijelaskan adalah kerana untuk jaga arman bila katrina tak ada. memanglah ini filem, tapi cuba kita membaca filem ini bukan sekadar tonton saja :)

dan yang paling menarik adalah...menjadikan budak kecik sebagai guru. maaflah, aku pandang filem ini dari sudut aku. aku rasa ini menarik dimana arman pantas mengikut segala saranan dan cadangan yang diberi oleh adik amy. dan ikutan  ini adalah untuk kebaikan arman sendiri. bagi aku ia sesuai dengan semasa. dimana kebenaran tidak memerlukan kematangan, kematangan itu berdiri di atas kakinya sendiri. dari situ aku dapat rasa tanpa adik amy arman kurang bahagia. tanpa guru kita tidak akan berjaya. guru perlu dilihat dengan konteks yang lebih luas.

dan apabila klimaks tiba, dimana lisa berjumpa arman. yang mana wajahnya sama seperti bekas suami dia dulu. serius aku tertipu. aku ingatkan mula2 adalah orang  yang berlainan tapi rupa paras yang sama. rupanya adalah orang yang sama cuma perangai yang sudah berubah. lisa meluahkan cerita pada haris. yang mana arman tinggalkan dia, dan kelakuan arman  sekarang adalah kepura2an saja. namun haris mempunyai pendapat dia sendiri. iaitu segala yang terjadi ada kisah dan hikmahnya. mungkin arman mintak putus sebab dia tahu dia ada penyakit ini. waktu itulah lisa dan aku baru tersedar...ouhhhhh....ceh

maka terjawablah. arman mempunyai ketumbuhan dalam otak, dan selepas melakukan pembedahan keadaan arman tidak lagi normal.

segalanya nampak macam sempurnakan filem ini. namun masih juga ada beberapa kelemahan. kata nak kritik....hikhik

antaranya:

-watak farina iaitu cikgu tuisyen arman, begitu terasing sekali. sekadar tempelan aku rasa. pengarah lebih tumpu pada Sam dan Lisa dan Mia sara. sedangkan farinalah yang akan berkahwin dengan Sam.

-seterusnya farina sanggup berlakon seperti dirogol oleh arman dalam bilik,sedangkan beliau memang akan berkahwin????? apa ni. ok katakanlah farina takut Arman tak kahwin dengan dia. tak nampak pun si farina ini nakkan harta arman.
-sebelum penamat yang bahgia, ada babak dimana semua kelam kabut. ketika itulah farina menceritkan hal sebenar yang dia tipu mak arman yang arman telah rogol dia. dan itu tiada memberi kesan apa2 pada mereka. itulah aku dapat rasa watak yang ingin ditojol tapi tak tertonjol.

kesuluruhan cerita ok. aku bagi 4/5 sebab serius Sam berjaya bawa watak arman dengan sempurna. nampak perbezaan ketara dengan lakonan masa sakit dan masa sihat. lakonan lisa? hmmmm nak ikhlas ke tak? u reply twit i dulu baru i komen....hoho. tak taulah, tapi yang aku boleh cakap. Sam pemandu, dan lisa penumpang dalam filem ini. bertemu secara kebetulan. Mia sara lebih menonjol. kalau penamat buat arman kahwin dengan adik amy lagu dramatis aku rasa. kikiki...

tammat


Tuesday 19 July 2011

KONGSI-LU LANGSIALLAAA

Tulis dengan ikhlas dan berani.


aku tertarik dengan filem ini selepas filem lakonan Sam iaitu Adnan Sempit meletup. Tengoklah trailernya, dari segi pemasaran memang pilihan yang tepatlah pengarah dia iaitu Farid Kamil letak babak2. sperti Sam pegang sniper besar kemudian tiba2 tertembak, dan yang paling buat aku tertarik dengan trailer ini ialah Sam melompat2 atas kereta polis. bagi aku itu satu penghinaan buat PDRM. hakhak.

terus saja dengan kritikan buat filem, maaf jika ini amat melampau. Tapi sekadar pandangan aku. Tak setuju boleh abaikan ataupun komen balas.

suka aku mula dengan sinopsis yang aku faham, kerana bukankah filem itu kita tonton dengan fahaman kita sendiri?. aku tengok keseluruhan filem ini berkisarkan kongsi2 gelap. dan ada seorang iaitu kimpedu kalau aku tak silap(orang yang serius) telah memberi arahan kepada tumulak yakni Sam untuk menghapuskan kepala2 kongsi gelap yang lain.tujuannya adalah supaya mereka berpecah belah dan berlaku kacau bilau. maka bermulalah pembunuhan itu. 

aku akan cuba tulis seringkas mungkin:-

-pada mulanya aku ingat menariklah, sebab Sam datang dengan pakaian ala2 fighter. lawan dengan ramai2 orang. aku rasa itu menarik. lepas tu.....semua benda ingin di'lawak'kan.
  • bawak willy sambil nak tembak, sekali termasuk tong sampah
  • bukak bawah katil, tengok ada sniper. tak reti nak pasang camne. tapi time atas bumbung bangunan ehhhh....dah siap
  • kalau nak jadikan watak lawak, kena awal2 lagi. sebab ketua Sam pilih untuk turun ke KL pun waktu tu situasi serius. patut kalau waktu tu buat lawak pasti ada kesinambungan iaitu jalan cerita seterusnya.
-loghat negeri, ini memang biasalah. dia kena orang negeri itu sendiri cakap baru sedap. apabila Sam cakap loghat kelantan. memang tak menjadi. dan itu kelakar. tapi dalam cerita itu bukan niat nak buat kelakar. sebab memang Sam belajar tomoi kat Siam. mesti tahu cakap kelantan punya.

walau bagaimanapun ada juga yang positif, sebab aku tengok filem ini betul2 mahu menonjolkan nilai2 murni. seperti semangat kekeluargaan, kenegerian(waktu si adik cakap ala2 KL dengan si abang, dan si abang marah), hormat menghormati antara satu sama lain(yang tua hormat yang muda), paling best dengar cakap polis.


namun pada akhirnya, bila aku borak dengan member aku, dia cakap sebenarnya cerita ini nak buat serius, tapi tak lepas, sebab tu buat komedi. kira ditukar masa pertengahan jalan. oooo patutlah...nampak sangat. so korang abaikan komen2 aku kat atas. aku yang lambat dapat info. tapi kalau dibuat lawak, kena cermat. gabungan keseriusan geng2 kongsi gelap dicampur dengan kekomedian suasana sekeliling. pasti menarik. cara ini biasa dibuat dalam filem gengster thailand.

tammat.


eh jap, yang paling aku tak dapat terima. time ending bila tumulak kena tangkap. ada pelakon wanita sebagai polis tiba2 cakap. lu langsi lu mati. alaaa comeynyeee.....:)





Friday 15 July 2011

Transgender sememangnya semulajadi berbakat



Pertama kalinya, untuk tidak mengecewakan founder, perewa, aku mula menulis.

Aku tak pernah berperasaan terhadap filem/drama melayu. Dan, lagilah aku tak faham bagaimana orang boleh ada jiwa untuk tengok cerita melayu. Cuma malam itu sekitar hujung 2010, aku tertonton drama bertajuk Jalan Kelam. membolehkan aku thumbs up untuk drama ini. 

Dan secara malasnya aku cuma salin tampal review drama tahun 2007 ini dari blog ini. Harap tuan blog tak marah ya. Masih ada insan baik hati untuk review drama melayu. Drama ini keseluruhan aku suka kerana lakonan realistik oleh pondan.


Jalan Kelam (2007)

Sudah lama review telefilem ini dalam draf aku. Tahun lepas lagi. Bukan mudah bagi aku untuk tertarik dengan drama Melayu. Tapi telefilem Jalan Kelam berjaya buatkan aku melekat di sofa rumah aku yang padahal sebelum itu aku pergi ke dapur untuk minum air. Sutradara oleh Along Kamaruddin. Aku ingat pengarah ni, berlakon drama thriller seram, ‘Radio’ waktu aku kecik-kecik dulu. Serius cerita radio tu memang aku suka, takut je rasa, kira paling best la masa tu. Benchmark aku sebagai budak masa tu kot, sekarang tengok mungkin rasa tah pape.

Okay, Jalan Kelam diceritakan dari tiga perspektif. 1. Dua sekawan bapok. 2. Pasangan baru kahwin. 3. Pasangan lama suami isteri berbangsa cina. Okay pasangan baru kahwin Basri dan Narimah. Mula-mula okay je, tapi Basri setelah terjebak dengan dunia gigolo oleh kawan 1 gim. Datin cina lakonan Louisa Chong antara mangsa dan memang feeling gila dengan Basri. Mulut manis padu punyala kira ni. Basri mula tak lekat rumah, tapi sangatlah pandai mulut manis hingga Ima pun tak sedar kegiatan hitam Basri. Dan.. bukan setakat gigolo, make a love pula dengan bapok nama Eli. Oh, biseksual rupanya. Sebagai penyeri cerita, Eli ada kawan nama Ziana ( konfem bapok juga). Ziana ni kira pendengar terbaik bagi Eli apa-apa masalah semua cerita kepada Ziana. Ziana ni aku kira sebagai matang sebab dia nasihatkan Eli jangan berlebih jadi bapok sampai nak bedah-bedah, demi cinta pada Basir. Memang percaya gila-gila yang Basir ni betul-betul cintakan dia. Kelakar betul waktu tengok dorang lafaz cinta sesama sendiri, Basri pujuk Eli merajuklah apa. Bayang sendirilah laki dengan laki.  

Ending? Pengakhiran yang mudah tapi sangat dramatik. Semua kena AIDS. Datin cina pesan kat anak-anak, “mama nak pergi jauh, mungkin tak pulang”. Oh mati bunuh diri sambung paip ekzos dalam kereta. Ima balik kampung merana kena azab HIV, muka sopak-sopak kena virus, minta ampun dari mak ayah sebab kahwin tak restu. Eli? Sempat pesan kepada Ziana, "nanti aku mati kau hantar jenazah aku ke kampung tau, tanam aku sebelah kubur atuk aku, dan bubuh nama Razali". Oh Eli singkatan Razali rupanya. Tapi tak mati, tunjuk masuk wad gila, sambil sebut nama Basri. Bak doktor gila tu kata, “dia ni tak kenal orang dah”. Scene ni agak kelakar jugalah walaupun menginsafkan. Si lahanat Basri ni punyalah ego taknak mengaku bukan dia pembawa AIDS. Boleh pula dia tuduh isteri dia dan datin cina tu buat seks dengan orang lain. Ima tu, digambarkan dalam cerita tu punyalah suci dan taat. Lakonan Sherry Merlis, bayang sendirilah lakonan wanita ‘super innocent’ dia bagaimana. Datin yang cinta gila kat Basri tu pula dituduh ada ‘anak ikan’ yang lain. 
Okay, kenapa aku puji telefilem ni? Dialog-dialog yang dilontar juga agak natural dan rapat dengan realiti sebenar, bukanlah ayat-ayat stereotaip drama tempatan kebiasaan. Nak-nak dialog antara maknyah, serius tak plastik langsung dengar dan lakonan dorang memang berkesan. Memang bakat semulajadi maknyah kan? Aku suka cara watak-watak dalam ni dipertemukan. Babak Ima pergi kedai handphone tempat Ziana kerja (malam menjual, siang kerja halal rupanya), Ziana tengok handphone Ima, ada gambar Basri, Ziana tegur, “Muka suami akak macam Zach X-factor la”. Serius aku geli hati, Basri tu memang Zachery berlakon pun. Jadi, balik kerja apalagi, beritahu Eli Basri dah ada isteri, dan hasilnya, memang Eli tak percaya, dia anggap Basri sangat jujur dalam percintaan (Haha). Basri ni di pejabat memang ramai yang pelik camne dia boleh hidup mewah, walhal datang pejabat pun lewat, kadang lunch tu sampai petang baru balik. Bos dia cina, dan memang bising la kat Basri, rupanya bos dia ni Dato’ kaya suami kepada Datin cina, sugarmummy Basri. Aku suka, cerita ini straight, telus dan jujur. Aku rasa memang ini pun yang berlaku sekarang kan? Seorang isteri yang gersang sebab suami sibuk cari harta. Pergolakan jiwa maknyah. Kegilaan lelaki yang ada jalan halal, memilih jalan kelam, sebab duit dan nafsu. Ketaatan seorang isteri yang sebenarnya dicurangi. Peh skema ayat. Tapi inilah point dia.

Lakonan Zach boleh dipuji walaupun mimik muka agak bersungguh, ada cubaan meniru stail intonasi Jalaluddin Hasan, lakonan dia memang berkesan sebab aku benci amat tengok dia dalam telefilem tu.. Aku pernah dengar yang pondan ramai jadi gila dan nak bunuh diri lepas bedah. Agaknya itu yang jadi kat Eli kot. Akhir sekali, aku paling tersentuh tengok watak Ziana berpelikat, bersongkok dan berbaju melayu lengkap semasa sembahyang. Penuh simbolik walaupun agak lucu juga.


Untuk entri asal, sila ke sini

Thursday 16 June 2011

KL Gangster. lawan gua bukan 2 orang malek, lawan gua 2 lori.

Tulis dengan ikhlas dan berani.

"aku tak takut mati. cuma aku tak nak mati." "eii mcm syial laa. puii!"
KL Gangster. rating aku untuk filem melayu, compare to semua filem melayu. aku berani bagi 4/5. tapi kalau semua watak dalam tu tak nampak kayu masa bercakap, aku bagi 5/5. tu je yang aku nak cakap.
alamak pendek sgt post aku ni. ok zul. olahan. olahan!

-------------------------------------------------------------------------------------------------





ok lah. gentle cakap, aku eksaited semacam time nak tgk cite nie. tak banyak cite melayu yang mampu buat aku eksaited mcm nie. gile kau, trailer die untuk fight scene dah macam citer thailand. mana tak eksaited. haha.. jujur cakap, aku rasa patut lah kalau aku cakap tahniah buat syamsul sebagai pengarah (bukan sebagai pelakon).

watak-watak dalam cite nie kalau aku hurai satu-satu, blog nie memang dah boleh buat buku lah lepas tu. panjang. serius! cuma aku point out kan yang penting-penting, ajib (sopi jikan rasanya yang pegang watak nie) dan abang long fadil (zizan) adalah watak yang bagi aku memang superb. yang laen ade cacat cela yang perlu ditacap-tacap lagi. lebih-lebih lagi dari segi pembacaan dialog tu. semua skali (kecuali 2 watak yang disebut terdahulu), baek aaron aziz, syamsul, botak, adi putra dan banyak lagi lah, semua macam taik punye keras. tak de jiwa kongsi gelap lansung.

jalan cerita, mantap. serius! aku suke gile cite nie sebab syamsul tak masukkan elemen-elemen kacau daun. contoh, polis, cinta, etc-etc. cite nie straight forward untuk jiwa-jiwa muda. jiwa-jiwa liar. so overall, 4/5. syabas syamsul!

KARAK MU........

Tulis dengan ikhlas dan berani.


Penghabisan yang mengelirukan dan sukar diduga, dimana ketiga watak mati dan lagi sorang hilang. Hakhak, spoil tak? Bagi aku kalau cerita yang menarik, ceritalah penamatnya sekalipun minat terhadap filem itu tidak akan hilang. Sengaja aku tulis endingnya bagaimana supaya korang boleh nampak apa yang aku cuba sampaikan. Aku mula tahu cerita karak ini daripada s/khabar yg mengulas KRU ingin hasilkan filem seram. Dan beberapa hari sebelum tonton aku tengok bebudak ni twit pasal karak, biasa2 je bagi mereka. Dan mereka tengok sekali dengan media.

Aku akan cakap pasal dua perkara:-
1-saspen
Saspen bagi pemahaman aku ialah situasi dimana kita ternanti2 apa kejutan akan berlaku seterusnya, yang mana kita sudah tahu pun kejutan itu bagaimana, sengaja kita melayan perasaan kita. Dan amat jarang situasi kejutan itu berlaku sebaliknya, seperti contoh hero tergantung diatas tali yg bawahnya api, mana mungkin hero itu akan dijilat api. Dan aku pernah tgk cerita yg situasi kejutan itu betul2 tidak diduga, seperti filem coach carter, yg mana kesemua watak pelajar yg telah berusaha dalam basketball tetap kalah pada akhirnya.

Ok, berkenaan cerita karak ini pulak. Hakhak, minah2 dan mat2 poyo yg hati kering mula2 dah jerit masa flashback yg dibuat. Si suami bergurau dgn isterinya, suami buat2 hilang, isteri panggil, tiba2 muncul dengan lampu suluh kt muka. Alahai. Maaf, aku pgl poyo sbb aku dgr diorg ckp besar cerita nih bosan masa beli tiket.

Kemudian KRU menggunakan kisah volkswagen kuning, perempuan mintak tumpang, dan budak kecik tanya mak dia mana, dan juga seekor hantu belaan pengamal ilmu hitam yg telah mati.

Penceritaan itu tersusun bagi akulah, masukkan satu persatu. Dan akhirnya mereka jumpa satu rumah, dan tok malam. Cerita berkembang dalam rumah tu. Bila masuk pasal tok malam ia berkait dengan logik.

Sebelum itu saspen untuk filem ini aku bagi 3/5 sebab bagi aku biasa dan takdelah teruk mana. KRU telus dalam bercerita, aku cakap telus sebab mereka terus terang, tidak seperti shamsul yusof dalam khurafat cuba menarik penonton percaya bahwa makcik yg selalu bagi kuih itu penyebab watak utama diganggu, pada akhirnya sebab makcik tu selalu bagi kuih adalah kerna arwah anak makcik tu mempunyai wajah yg sama dengan watak utama. Bagi aku, itu buang masa dan tak menjadi.

2-logik
Cerita ini memanglah tak logik, tapi aku cuba sentuh logik yang wujud dalam filem ini yakni pembunuhan dan hantu yg wujud. Aku suka perhatikan apabila pengarah cuba main teka teki dengan penonton, sebagai contoh org ni dah lama mati, tapi pembunuhan yang berlaku disebabkan olehnya???

Ok, dalam karak pula KRU mengambil kisah2 bualan mulut org ramai dimana volkswagen kuning tanpa pemandu, perempuan minta tumpang, dan budak tanya mak dia kat mana. Itu memang selalu aku dengar. Semua itu bagi aku logik. Sebab cerita hantu kan????

Yang tak logik adalah:-

1-kawan2 perempuan tu dah mati, kenapa KRU masih memainkan watak kawan2 perempuan tu? Untuk mempermainkan penonton? Hoho

2-ouhh rupa2nya dh mati, bila dh hbs tgk filem. Tapi bila imbas kembali yg mana kawan2 perempuan itu berborak sesama mereka tanpa kehadiran watak utama perempuan. Itu tak logik bagi aku. Sbb akan berlaku kesangsian dimana roh2 ini berbual sesama mereka? Dan apabila hantu belaan isteri tok malam menyerang roh2 kawan perempuan? Urghhhh....ketidaklogikan ini akan dapat rasa bila dah habis filem. Yang paling spoil apabila pemberita cakap 3 mayat telah dijumpai namun seorang lagi kumpulan pelajar ini masih lagi tidak dijumpai. Sedangkan perempuan tu menangis, semua orang tengok....

Secara kesimpulan saspen dapatlah 3/5 dan logik dapatlah 1.5/5. Hohoho...boleh baca komen norman untuk filem ni kat berita minggu.

Tuesday 31 May 2011

permulaan yang indah

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca2 sekalian, sebelum saya pergi jauh ingin saya nyatakan disini bahawa blog ini adalah kritikan kami terhadap filem2 malaysia(melayu,cina,tamil). Segala apa yang bakal di'post'kan adalah dari pandangan dan pemerhatian kami secara peribadi. Mohon maaf kerana kami bukanlah dari orang2 filem dan sama waktu dengannya. tapi kami adalah rakyat malaysia yang membeli tiket wayang duduk sama2 dengan rakyat malaysia yang lain, tanpa tengok dan duduk sama2 dengan golongan media.