Tuesday 19 July 2011

KONGSI-LU LANGSIALLAAA

Tulis dengan ikhlas dan berani.


aku tertarik dengan filem ini selepas filem lakonan Sam iaitu Adnan Sempit meletup. Tengoklah trailernya, dari segi pemasaran memang pilihan yang tepatlah pengarah dia iaitu Farid Kamil letak babak2. sperti Sam pegang sniper besar kemudian tiba2 tertembak, dan yang paling buat aku tertarik dengan trailer ini ialah Sam melompat2 atas kereta polis. bagi aku itu satu penghinaan buat PDRM. hakhak.

terus saja dengan kritikan buat filem, maaf jika ini amat melampau. Tapi sekadar pandangan aku. Tak setuju boleh abaikan ataupun komen balas.

suka aku mula dengan sinopsis yang aku faham, kerana bukankah filem itu kita tonton dengan fahaman kita sendiri?. aku tengok keseluruhan filem ini berkisarkan kongsi2 gelap. dan ada seorang iaitu kimpedu kalau aku tak silap(orang yang serius) telah memberi arahan kepada tumulak yakni Sam untuk menghapuskan kepala2 kongsi gelap yang lain.tujuannya adalah supaya mereka berpecah belah dan berlaku kacau bilau. maka bermulalah pembunuhan itu. 

aku akan cuba tulis seringkas mungkin:-

-pada mulanya aku ingat menariklah, sebab Sam datang dengan pakaian ala2 fighter. lawan dengan ramai2 orang. aku rasa itu menarik. lepas tu.....semua benda ingin di'lawak'kan.
  • bawak willy sambil nak tembak, sekali termasuk tong sampah
  • bukak bawah katil, tengok ada sniper. tak reti nak pasang camne. tapi time atas bumbung bangunan ehhhh....dah siap
  • kalau nak jadikan watak lawak, kena awal2 lagi. sebab ketua Sam pilih untuk turun ke KL pun waktu tu situasi serius. patut kalau waktu tu buat lawak pasti ada kesinambungan iaitu jalan cerita seterusnya.
-loghat negeri, ini memang biasalah. dia kena orang negeri itu sendiri cakap baru sedap. apabila Sam cakap loghat kelantan. memang tak menjadi. dan itu kelakar. tapi dalam cerita itu bukan niat nak buat kelakar. sebab memang Sam belajar tomoi kat Siam. mesti tahu cakap kelantan punya.

walau bagaimanapun ada juga yang positif, sebab aku tengok filem ini betul2 mahu menonjolkan nilai2 murni. seperti semangat kekeluargaan, kenegerian(waktu si adik cakap ala2 KL dengan si abang, dan si abang marah), hormat menghormati antara satu sama lain(yang tua hormat yang muda), paling best dengar cakap polis.


namun pada akhirnya, bila aku borak dengan member aku, dia cakap sebenarnya cerita ini nak buat serius, tapi tak lepas, sebab tu buat komedi. kira ditukar masa pertengahan jalan. oooo patutlah...nampak sangat. so korang abaikan komen2 aku kat atas. aku yang lambat dapat info. tapi kalau dibuat lawak, kena cermat. gabungan keseriusan geng2 kongsi gelap dicampur dengan kekomedian suasana sekeliling. pasti menarik. cara ini biasa dibuat dalam filem gengster thailand.

tammat.


eh jap, yang paling aku tak dapat terima. time ending bila tumulak kena tangkap. ada pelakon wanita sebagai polis tiba2 cakap. lu langsi lu mati. alaaa comeynyeee.....:)





3 comments:

  1. KL gangster juga terbaik ramai yang kata. tah, aku masih skeptikal

    ReplyDelete
  2. bagi aku tidak adil nak dibandingkan. sebab kedua2nya berbeza genre. melainkan ia dibandingkan dengan filem komedi gengster. tapi semua orang pandang KONGSI macam filem gengster kaw2 dan ada selit2 unsur komedi....apabila tonton. hampeh....aku dari mula dah set filem ni memang 100% komedi. camtulah.....hoho...2 bintang setengah. mengharap farid kamil usaha lebih gigih lagi!!!!!

    ReplyDelete
  3. I seen this film but lost interest half way. Sam is good actor, he works very hard for every characters he was in .... good to see his multiple way to portray multiple characters, a lots of room for improvement.

    ReplyDelete

kongsikan pada kami kritikan anda pula