Tuesday 20 September 2011

JANGAN BUNUH NASI LEMAK 2.0

Tulis dengan ikhlas dan berani.





Aku dapat tahu filem ini daripada twitter kak adibah noor, tak habis2 pasal nasi lemak 2.0. dan kemudiannya member seni aku tanya ‘kau dah tonton nasi lemak 2.0 namawee buat? Baik kau pergi sebelum kerajaan ban’. Aku pun apa lagi, sebut nama namawee yang dulu famous dengan lagu negarakuku tu terus ambik kunci motor dan terbang ke TGV KLCC.(sebenarnya member2 aku nak tengok JOHNY ENGLISH REBORN, tapi sekor2 tak datang)

Kepada yang mahu tonton filem ini, kalian mestilah faham masalah dan situasi sosial masyarakat Malaysia. Bukakkan minda, jangan duk jadi macam lagu pak pandir ni.

Ouh pujilah aku
Ampulah aku senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak


Ok aku mula serius. Aku memang agak dalam panggung nanti mesti ramai cina, tapi tak kisah. Amoi pun cantik apa!?!. seperti yang disangka sebelah kiri aku satu keluarga cina, sebelah kanan aku budak cina muda sebaya aku. Dan belakang aku rupanya ada beberapa orang melayu dan india. Ok filem dah nak mula.....

Bermula dengan budak cina sekolah rendah yang tengah baca komik, dewata raya yang ada naga merah dan harimau hitam mungkin.(sebab dulu masa sekolah aku suka baca komik hong kong karya tony wong). Tiba2 terserempak dengan geng2 melayu yang tengah duk ‘paw’. Budak ni dengan keberanian yang diambil dari komik tadi, terus baling objek kearah geng2 tadi. Mestilah adegan seterusnya, kena kejar. Dan apabila budak tu mahu mendapatkan perlindungan dikawasan sekeliling semua cepat2 tutup pintu. Ini yang aku baca dari filem itu bahwa, bila kita susah bangsa kita sendiri pun takkan mampu tolong kita. Kitalah sendiri yang perlu selamatkan diri kita. Ok sambung, budak tu jatuh dan geng2 melayu tu gelak. Namun dengan takdir Tuhan ada seorang hero tukang masak, selamatkan budak tu. Dan hero tu ada pesan kepada budak tadi....bla...bla...bla...(aku lupa, tanya namawee atau tonton sendiri). Budak tu pun diasuh supaya menjadi tukang masak. Beberapa tahun kemudian budak tu dah besar dan ambil alih restoran tersebut.

Maka jalan cerita pun berkembang:-

-diseberang jalan ada perempuan melayu(adibah noor) jual nasi lemak, semua orang beratur beli. Berbilang bangsa. Dan ini membuatkan restoran yang dijalankan oleh budak aka namawee tadi kekurangan pelanggan. Sebenarnya kalau lihat dari bidang perniagaan pun, tiada masalah. Dan agak pelik kenapa namawee pilih alasan adibah noor jual nasi lemak kat depan tu menyebabkan kurangnya pelanggan. Tapi dah cerita ini memang tajuknya nasi lemak 2.0, memang tak boleh nak pertikaikanlah *dushh
-pertikaian berlaku antara kedua mereka, namawee mengajak orang cina lain suruh beli barang cina saja, dan tolong orang cina. Ini sama situasi dalam bangsa melayu. AKU BOSAN. Dan adegan ini berlaku dengan nyanyian dan tarian(macam ala2 stephen chow punya cerita je kehkeh). Habis nyanyi, terus sorang perempuan cina mintak sambal kat adibah noor.<<<<<dan ini kritikan terus pada apa yang dikatakan tadi. Maknanya disini, hidup kita saling memerlukan. Kalau mahu hidup sorang, tiada asam garam. Duduk dekat pulau lah.

-pada satu babak pula, ada satu restoran besar bernama gong xi, akan berlaku perubahan ceo. Si adik ingin mengambil jawatan si abang. Si adik cuba main kotor dengan tayangkan video lucah si abang.kahkahkah!!! ini siapa2 ahli politik pun boleh terus kena batang hidung. Tapi si abang cuba jawab, rupa macam saya, suara macam saya, hampir 99% macam saya tapi itu bukan saya(betul ke dialog ni). Kalau korang ada kesedaran politik, ini dialog VK LINGAM. Tak kenal? Google derr

-disebabkan pertikaian abang dan adik, ibu mereka mengadakan pertandingan. Siapa yang boleh masak paling sedap akan dapat restoran tu. Si adik memanggil chef dari institut masakan cina yang bernama LAN QIAO aka LANCAU!!!! Bodoh gila pilih nama. Hahaha...dan si abang tiada calon, namun akhirnya bertemu namawee dengan bantuan anak beliau. Pertandingan akan bermula dalam masa 2 bulan.

Sebelum aku sambung, ada satu adegan namawee nak borak dengan adibah noor. Tapi beliau buat bunyi motor...weng...wengg....hoho. siapa lagi kalau bukan rempit berjaya kat Malaysia kalau bukan anak melayu yang sebelum ini dimulakan oleh remaja cina.(kalau bengkokkan handle, itu cina kata member aku)

-dalam masa 2 bulan ini namawee dibawa oleh anak abang pemilik restoran itu untuk belajar masakan malaysia. Sebelum itu seorang pak cik berbangsa cina penjual char kuey tiaw ada pesan, kita mesti LOCALIZE. Tak habis2 dengan cina. Bagi aku ini betul, sebab kitakan NEGARA MALAYSIA.

Maka bermulalah pembelajaran namawee...

1-ke melaka belajar masakan baba dan nyonya, dan betul2 mengembalikan nostalgia. Watak drama baba nyonya itu diambil berlakon. Drama yang aku selalu tengok petang2 dengan nenek aku masa kecik2 dulu kat tv1. Dan dalam pembelajaran itu nyonya ada bagitau suruh ambil bahan masakan itu agak2 saja, tapi kalau masak tak boleh agak2 kena betul2!! Begitulah kehidupan, mahu betul2!!!!! Malas nak hurai panjang lebar.(demmm ini sifat tipikal melayu).

2-ke pahang belajar masak kari, watak dipegang oleh david arumugan. Dan dalam perjumpaan ini, david arumugan memegang falsafah jika rempah ratus itu dicampur dan diadun dengan betul pasti akan menghasilkan masakan yang terbaik. Ada satu babak namawee bagi salam, sekadar assalamualaikum(boleh tonton filem kingdom of heaven dsb orlando bloom bagi salam maaa) so takde isu. Kalau ada sape bangkitkan gak....memang....zzzzzzz

3-ke perak belajar masakan melayu, watak dipegang oleh afdlin shauki. Sebelum sampai namawee ada mimpi. Sebenarnya sebelum datang tiap2 tempat beliau ada juga mimpi. Semua nak tulis, korang tengoklah sendiri. Ok namawee mimpi berlawan dengan afdlin, namun diselamatkan oleh reshmonu yang memegang watak hang tu ya.(dalam kepala otak aku dah terbayang nama AL***TUYA hehe). Dan disini afdlin kawen 4, semuanya hidup aman bahagia.

Pada hari yang ditunggu pertandingan pun bermula.........

Sila pergi tonton sebelum kerajaan BAN!!!!

Btw, cerita ini sangat kelakar dan sinikal. Aku memang kaki filem kelakar, dan dengan tajuk filem, pelakon,sinopsis,dan trailer aku boleh tahu filem ini betul2 kelakar atau tidak.


p/s: keputusan rasmi nasi lemak 2.0 vs 1malaysia = 2-1

sekian.

7 comments:

  1. Aku suka penceritaan dalam entri ini.. Harap yang dok caci dalam entri aku pasal aku tengok filem Nasi Lemak 2.0 buka mata.. Nanti nak pinjam entri ini ye..

    ReplyDelete
  2. melayu mudah lupa...

    ReplyDelete
  3. sgt suka dengan review yang dibuat. Bagi Fiqah, filem ni memang bagus n sempoi. Kelakar tak ingat. Tengok filem ni mengingatkan Fiqah pada filem2 arwah Yasmin Ahmad. Fiqah memang suka filem2 arwah. Cuma yg sedihnya sikap bangsa2 kita yang sangat suka mencaci maki orang. Fiqah akui, Namawee memang penah buat silap. Tapi sebagai manusia biasa, sapelah kita utk terus menghukum. Bagi Fiqah, just bagi dia peluang ke-2. Tak payah la nak hidup saling berdendam.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas kritikan, termasuk juga pada anonymous. bagi aku, tidak siapa pun memegang kebenaran, kerana kebenaran hakiki itu milik Tuhan. teruskan mengkritik :)

    ReplyDelete
  5. Review yang bagus dan non-biased! Malaysia perlukan ramai lg yg sperti hang.

    ReplyDelete
  6. Najib perlukan muka2 tak malu macam hang untuk support 1Malaysia versi Namewee.

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

kongsikan pada kami kritikan anda pula